Khamis, 14 Julai 2011

Amalan Doa memakan Buah Zuriat

Da lame x update any status kt blog nih... Sebuk je memanjang... Nk update n sharing anything lgsg xde kesempatan.... Smlm da ari ke-2 aku amalkan minum air rebusan BUAH ZURIAT tp ade yg mengnalinya dengan panggilan BUAH HAWA. Melalui laman2 web yang aku surf, aku wt research psl kelebihan buah ni... I'Allah mujarab untuk mendapatkan zuriat jika diamalkn meminumya. Aku dpt buah ni drpd kwn aku, sedaranya balik dr Mekah, so die bg sbijik utk aku cuba minum. Bau die harum mcm nescafe pn ade tp rasanya tawar je. Masa nk mnum perlu diikuti dengan ayat suci Al- Quran.

Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)







Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).

Dari sehari ke sehari ade je kwn2 aku mmbawakan berita baik dengan bakal menjadi ayah dan ibu. Aku tumpang happy dengan anugerahNya kt dorg. Tipu klu aku xsedih, tp xbermakna aku mngalah dan menyesal dgn apa yang belum dikurniakan kepadaku. Aku percaya setiap terjadi sesuatu itu mst ade hikmahnya dan juga sebabnya. Sesungguhnya Allah swt lebih mengerti perjalanan hiduo aku yang telah diaturkan olehNYa. Aku terima dengan seadanya..

Walaupun begitu, aku tetap bersyukur kerana mempunyai suami yang begitu prihatin da sayangkan aku. Sampai dah rasa mcm melimpah ruah dah. Aku bahagia dengan adanya die disamping aku dan family aku yang banyak menyokong aku dr belakang. Aku bersyukur x terhingga, tnpa zuriat buat masa ni sedikit pn xmnggoyahkan rumah tangga aku.

Ya Allah........Aku redha dengan ketentuanMu. semoga ko limpahi rahmat dan kasih sayangMu terhadapku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...